Mari bershopping sakan.........

Salam sejahtera.

KOLEKSI TUDUNG CHANTEK adalah kedai online yang menjual tudung dan aksesori tudung.


Kami juga menerima tempahan kek kukus. Tempahan untuk sesuatu majlis juga diterima spt majlis perkahwinan, kesyukuran dsb.




Thursday, November 11, 2010

Alas Seterika Ajaib - Clearance sale

Alas Seterika Ajaib

Clearance sale : RM30.00 termasuk postage

(SESUAI BANGAT NAK GOSOK TUDUNG YG ASIK MELOROT KE BWH BILA GOSOK)



HARGA : RM35 / unit


Alas Seterika Ajaib kami adalah produk berkualiti buatan tempatan. Anda mungkin pernah menemui produk berfungsi serupa yang dijual dengan harga RM10.00 tetapi bagi sesiapa yang telah menggunakan produk berkenaan, anda tentu tahu bahawa ia leceh dipasang dan cepat koyak. Berbeza dengan alas seterika RM10, Alas Seterika Ajaib kami lebih baik kualitinya dari pelbagai segi. Ia lebih tebal, lebih anjal, lebih liat dan tahan. Ini kerana kami menggunakan bahan yang lebih baik serta mempunyai ketumpatan yang jauh lebih tinggi. Alas Seterika Ajaib juga lebih mudah dipasang dan kemas kerana ia dilengkapi dengan strapper yang lebih kuat dan sempurna.

Dengan harga RM35 seunit, Alas Seterika Ajaib kami memang berbaloi-baloi dimiliki dengan kualiti serta ketahanannya. Bak kata orang, menang membeli menang memakai. Malah ramai antara pelanggan serta agen-agen jualan kami adalah mereka yang pernah menggunakan alas seterika RM10.00. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan "Alas Seterika Ajaib", anda mungkin tidak nampak apakah kelebihan produk ini.


Tetapi bagi mereka yang pernah menggunakan produk "seumpamanya", anda tentu mengakui bahawa ia memang banyak membantu. Kerja menggosok pakaian menjadi lebih mudah, cepat dan berkesan. Bukan saja menjimatkan masa dan tenaga bahkan anda akan menjadi lebih bersedia untuk melakukan kerja berkenaan. Leceh kerja menggosok hilang apabila anda menggunakan Alas Seterika Ajaib.

Info Tambahan : Alas Seterika Ajaib merupakan produk yang amat memudahkan kerja-kerja menggosok pakaian. Ia dibuat dari formulasi istimewa busa tahan haba yang berfungsi membalikkan haba seterika yang dikenakan di sebelah atas pakaian semasa menggosok kembali ke bahagian bawah pakaian berkenaan. Kekenyalan Alas Seterika Ajaib pula membolehkan tekanan yang dikenakan di sebelah atas pakaian kembali di sebelah bawahnya. Ini memberi kesan dua kali seterika dalam satu. Maknanya gosok di sebelah atas, di sebelah bawahnya pun seperti sudah digosok sama. Sifat kenyal ini juga membolehkan kerja menggosok bahagian butang, manik atau batu di pakaian menjadi begitu mudah dan selamat. Alas Seterika Ajaib adalah produk keluaran eksklusif.

Ia bukan produk pakai buang yang diimport dari China. Formulasi Alas Seterika Ajaib kami berkualiti tinggi dan dalam keadaan penggunaan biasa mampu bertahan sehingga tiga tahun. Ia memang satu produk yang amat berbaloi untuk anda beli. Anda akan menggunakannya setiap hari dan berasa amat puashati. Kami telah menjual ribuan unit produk ini tanpa sebarang feed back negatif.


Lihatlah demo Alas Seterika Ajaib kami di bawah ini




Beginilah rupa bentuk Alas Seterika Ajaib. Ringkas dan kemas




Biasanya anda tidak tahu jika seterika anda rosak sehinggalah ia merosakkan pakaian anda. Namun Alas Seterika Ajaib boleh membantu. Pasang seterika dan letakkan di atas Alas Seterika Ajaib untuk beberapa ketika. Jika ia berasap atau melekat, itu tandanya thermostat seterika anda telah rosak. Jika seterika anda boleh merosakkan Alas Seterika Ajaib, ia juga boleh merosakkan pakaian anda.





Fabrik sutera amat cantik dan selesa. Tetapi malangnyaia agak sukar digosok. Alas Seterika Ajaib bagaikan direka khusus untuk menggosok sutera. Sebagaimana pakaian lain, anda cuma perlu menggosok sebelah bahagian untuk mendapat kemasan dan perapian di kedua-dua belah pakaian sutera anda.


Lihatlah bagaimana kemasnya bahagian bawah lengan kurung sutera ini walaupun hanya bahagian atas sahaja yang telah digosok


Gosok di bahagian atas sahaja...


Dan LIHAT! Sebelah bawah kolar juga terus kemas dan rapi.



Alas Seterika Ajaib juga membuat fabrik anda melekap ke permukaannya. Anda tidak perlu lagi membuang masa membetulkan pakaian yang sentiasa mengelungsur jatuh dari papan seterika ketika menggosok.

No comments:

Post a Comment

Booking Form

Bagaimana nak booking? Senang saja. Hanya isikan borang ini disertakan dengan nama, alamat, no telefon, tudung yang ingin di order.
free contact form